

A Little Of This, A Little Of That,And All About Me
Don’t judge a book by its cover.
Mind your own bussiness
Everybody has their right to do anything.
Buatlah apa sahaja, asalkan tak mengganggu orang lain.
Human rights
Freedom to speak
Belajar rajin-rajin supaya nanti dapat straight A+’s
Awak kat universiti tu, belajar baik-baik. Nanti keluar dapat kerja bagus.
Kamu ni.. Pakaian macam ni lah baru up-to-date. Baru moden. Tak la orang panggil ketinggalan zaman.
dan lain-lain lagi..
Senarai di atas hanya contoh. Dalam hidup ni kan, mesti ada ‘pembaris’ tertentu yang digunakan. Bukan pembaris plastik buat ukur JVP tu. Pembaris dalam erti kata, sesuatu yang kita jadikan rujukan atau kayu ukur, dalam menentukan apa yang sepatutnya dan apa yang tak sepatutnya.
Apa yang ‘baik’, apa yang ‘buruk’.
Apa yang ‘best’, apa yang ‘tak best’
Sesiapapun, ada ‘pembaris’ tertentu yang digunakan dalam menilai sesuatu. “Kau siapa nak bising-bising? Kau mak aku ke?” Bentak seorang remaja. Pembaris yang dia gunakan, orang lain yang mengomen cara hidupnya adalah ‘salah’. Orang lain tak ada hak untuk campur tangan urusan peribadinya. Itu pembaris, the most basic foundation which influence how people think and judge something and everything.
Hanya sebagai contoh.
“Kau siapa? Satu pertanyaan mudah. Maksudnya? POINT OF VIEWS @ BASIC FOUNDATION tadi yang bersifat judgemental, menghukum dan memberitahu apa yang sepatutnya dibuat. Siapakah yang menetapkan senarai nilai hidup atau apa yang betul atau apa orang bertamadun sepatutnya buat?
Manusia. Akal manusia. Benda yang sama dengan saya dan kamu. Apa hak manusia lain untuk menentukan apa yang sepatutnya manusia lain buat?Apa hak manusia lain untuk menentukan apa yang betul dan apa yang salah, ke atas manusia lain? Apa hak manusia lain untuk menentukan apa yang ‘bertamadun’, ‘moden’, dan ‘bermoral tinggi’?
To me, NON.
Sekali lagi, "Kau siapa?" Dan lagi, PEMBARIS apa atau mana yang sepatutnya kita guna, dalam menentukan apa yang sepatutnya, apa yang salah. Kita ada Allah. Pencipta kita. Apa yang baik, apa yang buruk, apa yang ‘bertamadun dan up-to-date’, Dia yang paling layak untuk menentukannya. Itu pembaris yang layak digunakan.
Gibbon
Katakanlah, kalau gibbon dapat bercakap (dan sifat-sifatnya yang lain itu kekal begitu). Cuba bayangkan kejap. Makhluk comel berbulu itu, pandai bercakap-cakap. Siapa yang nak dengar nasihat dari gibbon, tentang apa saja? Apatah lagi tentang falsafah hidup. Tak ada kan. Rasa-rasanya lah. Kenapa? Anda punya jawapan, anda punya alasan sendiri. Tapi rasanya jawapan kita sama. Bukan kerana gibbon itu tak cukup hensem atau kerana badannya berbulu. Sebab kepandaian, sebab kelayakan. Sebab ‘mampu atau tak mampu’, can do or can’t do. Sebab gibbon itu IQnya jauh lebih rendah. Sebab gibbon tu tak tahu semua benda tentang manusia. Yang dia tahu, manusia mampu memberikan makanan 5 kali sehari padanya, dan dia dapat makan lebih dari penonton kalau mampu membuat aksi comel dalam zoo.
Kepandaian manusia kebanyakan vs Aristotle & Albert Eisntein, siapa yang lebih? Kepandaian & IQ yang dicampur dari seluruh manusia sejak zaman tamadun Yunani sampai kiamat vs Allah, siapakah yang lebih?
Allah yang Maha Bijaksana yang mencipta segala-galanya. Proses radiasi dan pemecahan nukleus atom yang membawa kepada matahri dan bintang-bintang lain. Bahan-bahan kimia dalam otak yang bertindakbalas membawa kepada idea yang mampu mengubah dunia, perasaan, memori dan sebagainya. Proses pengecutan dan pengenduran otot yang membolehkan jari-jemari mengklik mouse dan menekan keyboard dengan lancar dan ‘selamba’, dan lain-lain. Siapakah yang mengaturkan semuanya?“…Maka mereka akan menjawab: Allah!”
Dan agak sakit hati bagi yang menerima kata-kata manusia sebagai panduan dan ‘pembaris’ penentu ‘apa yang dianggap sebagai bertamadun’ walaupun agak-agak tak masyuk dengan al-Quran & Hadis, pembaris dari Allah yang Maha Sempurna. “Dia baik. Suka tolong orang. Tak aniaya orang. Cumanya tak sembahyang je dan agak taksub dengan metafizik, menolak hari kebangkitan,” kata seorang teman suatu hari.
Apakah?
Pembaris apa yang digunakan? ‘Pandangan dan pendapat manusia’ atau ‘perintah Rabb’? Saya andaikan teman itu masih belum faham dengan hal sebegini. Tak mengapalah. Dah ditegur oleh seseorang di ‘tempat kejadian’ =)
Setiap orang ada pembarisnya yang digunakan. ‘Pembaris’ mana yang digunakan menentukan keupayaan akalnya dalam memahami simple logic; melainkan bagi orang yang belum tahu. Ataupun tak ambil kisah pun nak ikut apa dan siapa dan apa akan berlaku pada diri sendiri kelak. Bukannya nak membangkang semua kata-kata orang. Cumanya letakkan Allah di tempat yang sepatutnya dalam kita nak 'tengok' sesuatu.
Wallahualam
-scientific review concluded that moderate consumption of coffee, up to 300-400 mg of caffeine per day (around 3-4 cups) in healthy adults, is safe and does not cause any negative health effects-
YES I AM !! I am a self-confessed nescafe| latte| frappuccino-holic. I love to drink any hot beverage with caffeine in it. Since I craze for them so much or should I say the addictive caffeine in it, there's where most of my money is drained into. I believe I can call myself a Caffein Freak because I guzzle down at least 3 cups of Caffein drinks every day. That's the minimum you know! Imagine if I am in the mood for them, I can sip 5 to 10 cups per day. Crazy right?
Nescafe will surely love customers like me who drink their products as if they were water. Beats me to know that caffeine is really that addictive. No wonder caffeine has been dubbed the second Nicotine! It is virtually impossible for me to resist they're calling. Unlike you guys. I don't drink them because I am tired or sleepy. I drink because I craze for it! I drink coffee simply because I "gian" (addicted) for it, just like how smokers can't resist to puff almost every hour. Should I enroll into a "rehabilitation" center for my sin? ;)
p/s : Headache from drinking coffee?
Is it because your blood is a little bit too thick? Hence when the caffein induce your heart to beat faster...you will have headache? Drink more water.
Tersentuh hati melihat sikap seorang peserta di dalam program ini. Walaupun masih muda dan kehidupannya yang perlukan pembelaan tetapi dia seorang yang mengagumkan saya. Tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi akhlaknya setaraf orang yang berpelajaran tinggi. Tidak nampak dia putus asa walau pun melalui proses penyingkiran sebanyak 9 kali. Nama si ibulah yang memberi semangat dan di sebut-sebut sehinggalah saat penyingkaran. Pada langkah-langkah terakhir,dia sempat meminta maaf pada semua . Kata-katanya indah tersusun ,cukup menyentuh jiwa. Kalau ada yang menangis,itu tidak keterlaluan. Keakraban di antara mereka kuat seperti sebuah keluarga walaupun sedar mereka bersaing antara satu sama lain. Inilah namanya persaingan sihat dan ada sesuatu yang boleh di contohi.
Teringin juga nak belajar masak secara professional. Nak belajar masak masakan jepun & perancis. Tapi , memandangkan masih banyak perkara perlu di beri keutamaan, terpaksa menangguhkan hasrat tersebut. Memasak itu pastinya sesuatu yang seronok. Lebih-lebih lagi masakan kita di puji dan orang suka. Penat pun terasa hilang ;)