Dalam kehidupan ini, kita mesti ada sifat jujur. Dari jujur itu akan membawa kepada kepercayaan. Bila orang percaya, bagi aku itu satu amanah. Amanah itu membuktikan samada seseorang itu baik atau sebaliknya. Jangan sesekali mengkhianati amanah ! Kerana disitu lah terletaknya harga diri iaitu kejujuran!!
Pengalaman aku, berlaku semasa aku belajar. Masa tu lunch time,aku dan kawan-kawan berada di sebuah kedai nasi kukus. Kami bayar berasingan. Masa nak bayar tu,aku hulurkan duit RM50. Jenis aku, kalau beli apa-apa,aku memang tak kan check baki duit yang dipulangkan. Sebab,pertamanya aku percaya dengan gerak hati aku kerana aku dianugerahkan instinct yang kuat (serius),kalau rasa ada yang tak kena baru aku akan check dan untuk makluman, harga nasi kukus tu RM 5.50. Nak jadikan cerita, aku tengok sekali imbas je pekedai tu pulangkan baki. TAPI bila baki berada ditangan aku,tak semena-mena aku kira dan jumlahnya RM 85.50 !!!!! Kat sini ada 2 benda aku nak cakap. PERTAMAnya adalah Kejujuran. Cuba bayangkan,kalaulah aku sedar kesilapan itu selepas aku sudah pun berada di kampus?? mungkin aku berubah fikiran daripada akan pulangkan baki itu kepada tidak pulangkan langsung, huhuhu bahaya-bahaya. Disini jelas, bahawasanya Allah membantu aku. Tidak susah payah untuk aku pergi kembali ke kedai itu. Kerana jaraknya agak jauh. Pekedai tu merupakan seorang wanita muda dan berkata "Susah nak jumpa orang jujur zaman sekarang,kalau orang lain dah lama ambil duit tu dik, terima kasih banyak-banyak dik", lalu aku pun tersenyum.. ;) Dan KEDUAnya, Allah nak menguji aku. Memang aku bukannya mencuri. Dan kalau faham halal haram maka fahamlah tindakan seterusnya. Lagipun duit tu memang bukan hak aku, jadi jangan fikir itu adalah rezeki walaupun orang lain yang memberikannya.
Kepada semua,terapkan lah sifat jujur dalam diri kita,kerana ianya mencerminkan peribadi. Bagi aku simple,kalau berjanji jangan mungkiri,buat sesuatu biarlah ikhlas dan yang penting jujur dalam menjadi hambaNya. Hidup ini jangan la terlalu obses dengan kemewahan. Disitu adanya jerat kealpaan. Jangan mempertaruhkan hidup dengan suatu yang pastinya akan menghancurkan kebahagiaan. Kemewahan itu bukanlah ketenangan. Kemewahan itu juga bukanlah menjamin kehidupan dan kemewahan bukanlah segala-galanya. Berpesanlah pada diri,jangan bersifat tamak. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Orang bersyukur rezekinya luas.
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment