stail





Wednesday, January 5, 2011

2011 yang bakal diterokai

TAHUN 2010 meninggalkan aku dengan pelbagai peristiwa. Bagaimanapun rencam peristiwa itu tidak banyak meninggalkan kenangan dalam diri aku. Aku melalui hari-hari aku dengan begitu sahaja tanpa arah yang ku inginkan. Aku menghadapi persoalan demi persoalan dan akhirnya tiada sebarang jawapan yang dapat memuaskan hati aku sehingga kini. Tatkala aku menghadapi konflik dalaman ini,aku masih mampu berfikir dan bertindak dengan baik walaupun hakikatnya fikiran aku berserabut dengan hebatnya. Aku sedar,hanya aku yang mampu mencari penyelesaian ini dengan izin dan pertolongan Allah swt.

Selamat tahun baru 2011. Tidak banyak yang aku inginkan. Sekadar melunaskan azam-azamku yang tidak menjadi dan menjadi kebanggaan keluarga. Aku berbangga mempunyai sebuah keluarga yang dihormati dan disegani. Dalam masa yang sama,aku mengingatkan diri ku supaya selalu bersiap sedia dengan apa jua yang bakal berlaku. Jangan mudah melatah apabila berlakunya perkara-perkara yang menguji kesabaran dan iman.

Pada permulaan tahun baru ini,aku mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat kakakku yang tersayang (36 tahun) satu-satunya kakak yang aku ada dalam dunia ni. Orang selalu cakap, patah tumbuh hilang berganti tapi tidak bagi aku,kerana tidak akan ada sesiapa dapat menggantikan atau menandingi kakak dalam hidup aku. Dia jarang marah aku,sbb aku ni baik kot huhuhu tapi kakak amat tegas sebenarnya. Aku doakan kakak sentiasa dirahmati Allah baik didunia mahupun diakhirat nanti dan tercapai segala hajat yang dikendaki,Aminn.. Dan sorry lah kakak,kebetulan 1 Jan 2011 ada majlis makan-makan dirumah, agak busy sehingga terlambat mengucapkan ulangtahun kelahiran kakak hehehe jangan marah.


Emak & kakak



Kakak & Amzar

Selamat tahun baru buat semua. Semoga apa yang diingini tercapai dan dapat direalisasikan. Bukan mudah untuk menjadikan sesuatu yang dihajati itu menjadi kenyataan tetapi tidak mustahil bagi mereka yang berusaha. Marilah kita sama-sama berusaha agar kejayaan itu berpihak kepada kita jua,InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

You might also like this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...