stail





Sunday, November 27, 2011

Bola-bola kehidupan

Assalamualaikum wbt...

Hari ini genap 5 bulan saya meninggalkan blog . Kali ini biarlah saya mulakan penulisan dengan berbahasa melayu. Macam-macam yang berlaku sepanjang tempoh 5 bulan yang lepas. Tak sangka, sungguh cepat masa meninggalkan saya. Semakin hari semakin tua diri ini saya rasakan. Anak saudara dah bertambah menjadi 4 orang. Proses tumbesaran mereka saya melihatnya sendiri dari berumur satu hari sehinggalah sekarang. Banyak yang saya belajar. Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat datang kepada ahli keluarga yang baru dalam keluarga saya :



Amzar Mukhriz b. Saifuzzaman

&
Farays Arryan b. Mohd Shahril Annuar


Sebenarnya, saya ada perkara lain untuk berkongsi. Tertarik dengan kemajuan dan perkembangan positif pasukan bola sepak negara. Tahniah di ucapkan. Dan sebelum ni,pernah saya menulis perihal yang sama. Pasukan yang sedang meningkat naik perlu diperakui bahawa mereka masih dalam ' pembinaan '. Kejayaan yang dicipta membuktikan mereka itu sangat berusaha,meletakkan tahap posisi mereka kepada yang lebih baik dan yang penting sejarah itu sungguh manis untuk di kenang sampai bila-bila.


Bagi diri saya sendiri,kalau saya berada di dalam keadaan yang sukar,tekanan dan apa saje yang di lihat boleh menjatuhkan diri saya, saya menjadi sangat POSITIF sebenarnya. Saya sedaya upaya melawan kepayahan itu. Bila kepayahan itu bertukar bahagia, saya rasa puas. Dan itulah cara saya membina kekuatan diri. Betapa ramai manusia tidak sedar,kegagalan itu sebenarnya menghampiri kepada kejayaan. Merasai kepayahan dahulu kemudian mengecapi kegembiraan itulah yang dikatakan kehidupan. Oh manisnya =)


When i'm ok,i'm ok.. but.. When i'm bad, i'm excellent

Saya suka dengan sikap pasukan bola sepak negara-negara arab. Apa yang saya lihat, bila berjaya cepat sekali mereka berterima kasih pada ilahi. Sujud syukur di atas nikmat kejayaan yang diberikan. Keajaiban itu dari Allah swt. Bila Allah nak sesuatu itu berlaku,maka mana-mana tangan pun tak kan dapat menghalang kehendakNya dan bila Allah menafikan sesuatu itu berlaku, maka mana-mana tangan pun tak kan dapat menghulurkan bantuan walau dengan apa cara sekalipun



Harimau Malaya : Kami tahu,bukan mudah untuk mengekalkan kejuaraan berbanding menjadi juara. Berusaha lagi,semoga Lagu Negaraku bergema gah di persada bumi London, InsyaAllah.


















No comments:

Post a Comment

You might also like this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...