stail





Friday, January 21, 2011

Tak boleh takbir raya kalau tidak hari raya???

Menjelangnya hari raya,tak lengkap jika tiada alunan takbir raya. Kadang-kala bulan puasa pun dah ada yang memasangnya. Semasa pernah tinggal di hostel dulu,kebiasaannya lagu-lagu rayalah yang selalu aku mainkan. Padahal masa tu,baru je masuk 2 minggu berpuasa. Bayangkan, sebab terlalu excited nak raya, gegak gempita bilik aku dengan lagu raya ! Mulalah merapu-rapu buat ucapan-ucapan raya,konon duk oversea! hahaha memang over... Plus, kat dalam bilik , aku letak lampu kelip-kelip warna-warni, hahhhh dah memang betul-betul suasana raya. Tinggal nak kena ada kuih raya je, memang kemaruk abes!

Eh eh sorry,tersasar topik, nak cerita pasal takbir raya tp ter 'intro lebih pasal benda lain,huhuhu. Ok, we back on track, mungkin kebanyakkan dari kita berpendapat, kalau pasang takbir raya bukan pada masanya adalah menjadi tidak baik kerana membuatkan ahli-ahli kubur menangis kesedihan. Betul ke macam tu??? Sebenarnya TIDAK. Tolong fahamkan betul-betul. HANYA 3 perkara yang boleh berhubungan atau sampai kepada orang-orang yang telah mati, iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah serta amal jariah. Jadi dimana rasionalnya, takbir raya boleh didengari oleh ahli-ahli kubur??? Ia tiada kaitan dengan penyu menangis atau mayat menangis. Alam kubur itu adalah alam mereka yang tersendiri. Jika manusia yang hidup menangis dan mayat menangis itu merujuk kepada 2 dimensi yang berlainan. Ia tiada kaitan dengan takbir raya.

Tak boleh takbir raya kalau tidak hari raya??? BOLEH. Kita boleh bertakbir bila-bila masa je, malah dalam ceramah-ceramah yang panas sempena pilihanraya pun riuh orang bertakbir. Tapi kenapa, bila dengar alunan takbir raya,ramai yang rasa sedih dan sayu??? Sebelum tu, tolong betulkan perasaan dan pemahaman anda. Sejarah takbir adalah sempena menyambut kejayaan memengal kepala Abu Jahal. Di situlah bermulanya asal usul takbir dan sebuah kisah perjuangan yang hebat dan bukan sekadar takbir tetapi juga ibadat puasa. Jadi, jangan disalah ertikan takbir ini kerana kita kena bertakbir dengan penuh semangat takbir, tahmid dan khusyuk.

" Al-Alaq" Bacalah. Moga apa yang aku sampaikan ini dapat memperjelaskan sedikit sebanyak tentang mitos takbir. Orang yang berilmu,pembacaannya luas. Jadi,rebutlah peluang menyebarkan ilmu-ilmu yang berguna kerana ilmu yang bermanfaat menjadi aset akhirat yang hakiki...

Wallahualam.


Angkasawan negara :" Pernah mendengar suara takbir di ruang angkasa "
SUBHANALLAH

Thursday, January 20, 2011

I'm afraid of cockroaches


Cockroaches are not generally beloved, of course, but my reaction is extreme. I tend to gasp, jump, and sometimes, if confronted with one alone in a small space — I'm ashamed to admit — :/

Here are cockroach facts:

  • A cockroach can live for 3-4 weeks without its head. And you thought decapititation solved everything
  • In a nuclear war which would level the Earth, cockroaches would be the only survivors.
  • As manifested by the cockroach story I am about to tell,they don't die, even if you crush them, twice!
So, scared by the cockroach facts? Probably not, but it helps you feel no remorse getting rid of the pests, right? So, on to my story...

So it was really freaky when I found a seemingly dead cockroach in my house one day. I wanted to move away from the cockroach as well. I had heard the cockroach facts mentioned above before, but I didn't really believe them. So, 10 minutes have passed and the cockroach hadn't stirred... yet. I turned to look at it and I thought I saw its horns move. It was... freaky! "The cockroach is moving! I am not hallucinating!" Another 5 minutes passed with me glancing nervously behind my shoulder and after a while, the cockroach started moving. Apparently, it needed some time to recover from getting his body crushed, but the fact it, it friggin' recovered.

So, that proves that the two cockroach facts mentioned above are true! I don't know about the nuclear war thing, but it's been proved that cockroaches have a really high tolerance threshold for radiation, unlike as mere human beings. If despite hearing these cockroach facts, you still feel sorry for cockroaches, congratulations! Your level of kindness can't be matched. The rest of us however, will gladly crush any cockroaches that get into our way!

A simple way of describing it would be to say that I'm afraid of cockroaches !!!

Wednesday, January 19, 2011

Jangan merungut,boleh tak??

Grrrrr GERAMnya aku! Macam gampang! Kenapa tiba-tiba line tak ada ni?? kenapa minah tu asyik pinjam barang-barang aku je??kenapa bodoh sangat dia ni benda senang macam tu pun tak reti-reti???kenapa hari-hari makan lauk yang sama je?? kenapa, kenapa dan kenapa !!! Itulah contoh-contoh situasi yang berbaur rungutan. Macam-macam jadi,tak puas hati itu,tak puas hati ini, haihhh memang berserabut lah. Bila otak berserabut, hah mula lah nak merungut itu ini. Dan mula lah nak menyumpah seranah kat orang,maki hamun tak tentu pasal. Janji hati puas! ye tak?? Kadang-kadang bila kita berhadapan dengan orang yang agak temper ni,kenalah pandai 'main angin' dia. Kalau tak, mahunya berhari-hari kita berada dalam ketakutan. Ye lah, kalau dah hari-hari dia maki hamun tak sudah-sudah,sepah-sepahkan barang,menangis meraung mengalahkan orang mati laki, tak ke kita yang tengok ni jadi takut,silap hari bulan diri sendiri juga kena tempiasnya, jadi stress,serabut bagai!


Itu kalau terjadi pada orang lain,macam mana kalau terjadi pada diri sendiri? apa nak buat? Jadi macam kat atas tu juga ke? Jangan ok!! Pertama sekali,jangan ikut sangat rasa marah tu. Bukan boleh selesai pun masalah. Makin merumitkan keadaan adalah. Sedar tak sedar kita seperti marah dengan apa yang DIA berikan. Bagi mereka di luar sana tolonglah berfikir secara positif. Cuba bagi 10 sebab kenapa anda selalu merungut. Bila dah 3 sebab, lepas tu dah tak ada sebab munasabah lain lagi dah. So,memang tak ada rasionalnya kalau merungut memanjang Percayalah.

Aku sendiri pun merungut juga bukan tak pernah merungut. Aku tak suka merungut depan orang. Bagi aku, orang yang terlalu banyak merungut ni memperlihatkan dirinya yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Merungut itu menghampiri api kemarahan. Kalau tak meninggalkannya cepat-cepat,buruk akibatnya. Aku tak suka merungut. Sebabnya aku tahu,apa yang aku ada itu sudah mencukupi. Walaupun benda tu tak seberapa dan hanyalah benda kecil bagi pandangan mata orang lain tetapi aku tak pernah meminta-minta untuk mendapat yang lebih hebat kerana aku gembira menerimanya dan itulah rezeki yang Allah berikan pada aku. Aku sangat bersyukur.

Sedarlah , kita hidup ini semata-mata kerana DIA ,patutkah kita marah atas dugaan yang DIA berikan sedangkan dugaan, ujian yang diberikan cuma bertujuan untuk menjadikan diri kita insan yang lebih tabah , lebih mengingati DIA. Disebalik kesusahan pasti ada kesenangan lapangkan dada berdoalah yakinlah ALLAH bersama kita.

Thursday, January 13, 2011

Jujur tu penting..

Dalam kehidupan ini, kita mesti ada sifat jujur. Dari jujur itu akan membawa kepada kepercayaan. Bila orang percaya, bagi aku itu satu amanah. Amanah itu membuktikan samada seseorang itu baik atau sebaliknya. Jangan sesekali mengkhianati amanah ! Kerana disitu lah terletaknya harga diri iaitu kejujuran!!

Pengalaman aku, berlaku semasa aku belajar. Masa tu lunch time,aku dan kawan-kawan berada di sebuah kedai nasi kukus. Kami bayar berasingan. Masa nak bayar tu,aku hulurkan duit RM50. Jenis aku, kalau beli apa-apa,aku memang tak kan check baki duit yang dipulangkan. Sebab,pertamanya aku percaya dengan gerak hati aku kerana aku dianugerahkan instinct yang kuat (serius),kalau rasa ada yang tak kena baru aku akan check dan untuk makluman, harga nasi kukus tu RM 5.50. Nak jadikan cerita, aku tengok sekali imbas je pekedai tu pulangkan baki. TAPI bila baki berada ditangan aku,tak semena-mena aku kira dan jumlahnya RM 85.50 !!!!! Kat sini ada 2 benda aku nak cakap. PERTAMAnya adalah Kejujuran. Cuba bayangkan,kalaulah aku sedar kesilapan itu selepas aku sudah pun berada di kampus?? mungkin aku berubah fikiran daripada akan pulangkan baki itu kepada tidak pulangkan langsung, huhuhu bahaya-bahaya. Disini jelas, bahawasanya Allah membantu aku. Tidak susah payah untuk aku pergi kembali ke kedai itu. Kerana jaraknya agak jauh. Pekedai tu merupakan seorang wanita muda dan berkata "Susah nak jumpa orang jujur zaman sekarang,kalau orang lain dah lama ambil duit tu dik, terima kasih banyak-banyak dik", lalu aku pun tersenyum.. ;) Dan KEDUAnya, Allah nak menguji aku. Memang aku bukannya mencuri. Dan kalau faham halal haram maka fahamlah tindakan seterusnya. Lagipun duit tu memang bukan hak aku, jadi jangan fikir itu adalah rezeki walaupun orang lain yang memberikannya.

Kepada semua,terapkan lah sifat jujur dalam diri kita,kerana ianya mencerminkan peribadi. Bagi aku simple,kalau berjanji jangan mungkiri,buat sesuatu biarlah ikhlas dan yang penting jujur dalam menjadi hambaNya. Hidup ini jangan la terlalu obses dengan kemewahan. Disitu adanya jerat kealpaan. Jangan mempertaruhkan hidup dengan suatu yang pastinya akan menghancurkan kebahagiaan. Kemewahan itu bukanlah ketenangan. Kemewahan itu juga bukanlah menjamin kehidupan dan kemewahan bukanlah segala-galanya. Berpesanlah pada diri,jangan bersifat tamak. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Orang bersyukur rezekinya luas.

Wallahualam...

Wednesday, January 12, 2011

Bersyukurlah......

Sering ku titipkan doakan agar kita semua sentiasa berada dibawah payungan Rahmat dan hidayahNya Yang Maha Esa. Dalam kekalutan dunia pada ketika ini, aku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua. Dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya...dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil..dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan yang mana dosa... Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya. Walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang kala kita lupa kepadaNya..dan kadang kala kita ingat kepadaNya..tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya.

Islam itu tinggi,tiada yang tinggi melainkannya (!)

BUAT KALIAN YANG MEMBACA.... yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi.. Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama..tetapi ia adalah cara hidup kita. Sama ada cara kita berpakaian..bertutur...belajar...bekerja..atau dengan perkataan yang lebih mudah..bermula kehidupan kita daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali..semuanya Allah telah gariskan untuk kita... Hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang.. Islam juga telah mengajar caranya...

Sering kali kita mendengar sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud.. " Islam itu tinggi,tiada yang tinggi selainnya ".. tapi sayang sama sekali..kita yang merendah-rendahkannya..kita menjauhkan diri daripadanya...bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identiti kita...kita lalai dengan kehidupan kita..sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita....sehingga kita lupa Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Esa sedang memerhatikan kita... Kita tahu adanya Allah tapi kita melanggari perintahNya...sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi segala nikmat sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya..kita tahu benarnya Al-Quran tapi kita tidak menggambil pengajaran daripadaNya..kita juga tahu adanya dosa dan pahala...bahkan kita juga tahu adanya Syurga dan Neraka...tapi kita masih tidak memperdulikan perintah Allah S.W.T Yang Maha Kuasa.


Ya Allah besarnya nikmatMu, KAMI berada didalam ISLAM



~ Perjalanan Hebat Seorang Manusia ~


BUAT SEMUA YANG KU SAYANG, yang InsyaAllah akan terus bergemerlapan di Bumi Allah. Prof Dr Hamka pernah berkata.. "Kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan..tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal" Persoalannya...bagaimana persediaaan kita apabila usia yang terkandung di dalam jasad kita sudah habis digunakan.

Masihkah dikau ingat akan firman Allah S.WT dalam hadith QudsiNya yang bermaksud...Daripada Abu Hurairah r.a.. " AKU SESUAI DENGAN DUGAAN HAMBA KU KEPADA KU.. DAN AKU BERSAMA DENGANNYA..KETIKA DIA INGAT KEPADA KU.. JIKA DIA INGAT KEPADA KU DI DALAM HATINYA.. AKU AKAN MENGINGATINYA DI DALAM HATI KU.. DAN JIKA DIA INGAT KEPADA KU..DALAM LINGKUNGAN KHALAYAK RAMAI..NESCAYA AKU JUGA AKAN MENGINGATINYA..DALAM LINGKUNGAN KHALAYAK RAMAI YANG LEBIH BAIK. DAN JIKA DIA MENDEKATI KU SEJENGKAL..AKU PUN AKAN MENDEKATINYA SEHASTA..DAN JIKA DIA MENDEKATI KU SEHASTA..NESCAYA AKU MENDEKATINYA SEDEPA.. DAN JIKA DIA DATANG KEPADA KU BERJALAN..MAKA AKU MENDATANGINYA DENGAN BERLARI..



Walaupun sebesar Bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan...sesungguhnya Allah S.W.T masih mengampunkan dosa kita. Oleh itu, kembalilah kepadaNya..andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNYA. Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya.Setakat ini sahaja kata-kata ku untuk semua. Aku mohon kemaafan andaikata apa yang aku ingin sampaikan itu menguris hatimu. Tetapi sesungguhnya daku tidak sekali-kali bermaksud untuk melukaimu... Semoga dirahmati Allah selalu.. Bertemu lagi..kalau tidak di dunia..InsyaAllah di taman Syurga nanti.

Friday, January 7, 2011

Selamat Hari Lahir Ayah


~ Ayahku & Emakku Yang Kukasihi Dunia dan Akhirat ~


Tanggal 7/1/1949 lahirnya seseorang ke dunia ini. Hari ini seseorang itu, sudah berkeluarga dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Dan hari ini juga genap lah usianya 62 tahun. Seseorang yang dimaksudkan itu adalah ayahku. Ya, ayah yang telah banyak berkorban untuk aku sekeluarga. Ayah yang mendidik aku dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Sedikit pun tidak pernah ayah abaikan aku walaupun segala penat lelah ayah selama ini tidak tergambar dengan kata-kata
.


My father has always been there to give advice when I come to him, and been there through all the rough times in my life. Hari ini, Ayah mampu mengukir senyuman indah kerana anak-anak ayah menjadi orang-orang yang berguna. Anak-anak ayah tidak pernah lupa asal usulnya kerana anak-anak ayah sedar jatuh bangun seseorang terletak pada ketaatan pada Allah dan kasih sayang pada orang tuanya yang tidak berbelah bagi.



~ Love u dad muahnxx!!! ~


Since I started blogging online, he has often asked me jokingly when I was going to write up an article all about how great he is! And well, in all seriousness he really is awesome! He’s a fantastic father to my sister,brothers and me. I might not say this out loud.. but I love you! Thank you for raising me… there’s no way I can repay your kindness. May Allah show mercy to you as you did to me when I was little.

You’re my inspiration and
you're A GREAT FATHER IN THE WORLD !!

Thursday, January 6, 2011

Coklat oh coklat

Sebut je pasal coklat, ramai yang menganggap coklat adalah suatu gizi yang tidak baik malah mengemukkan. Eh betul ke?? Tak lah.. Sebenarnya coklat ada khasiat dan kebaikan yang tersendiri. Malah, dalam menu diet, coklat disarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Nama-nama coklat termahal didunia ialah Chocopolagie,Noka,Delafee,Richart dan Godiva. Rata-ratanya terdapat di luar negara. Bayangkan 450g Noka bersamaan dengan US$ 854. Convert to RM ha'a bersamaan dengan 2++ K !! fuhhh boleh dapat sebiji iPhone!!! Rela aku beli iphone daripada makan coklat mahal tu.... huhuhu


~ Aku kaya nanti aku beli ko eh
;) ~




~ wow sedapppppppppp....
~


Semasa belajar dulu-dulu,aku suka makan coklat. Bila banyak kerja,terlibat dengan banyak persatuan,meeting tak tentu masa memang buatkan aku stress. Assignment,kuiz,test bertimbun-timbun,kadang-kadang bertimpa-timpa dalam satu masa. Mana nak buat forum untuk junior aku lagi, tiap-tiap minggu pula tu haiihh stress sungguh, serius. Aku sanggup pergi cafe malam-malam,seorang diri semata-mata nak beli coklat. ~oh obsesnya aku dengan coklat.
Untuk pengetahuan, coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, berfungsi sebagai penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat memang sangat bagus sebab ada
endorphins yang mana boleh membuatkan kita rasa gembira... ;-)



Godiva :
~ cantik patutla mahal,sedap?? confirm la!
~
:





~ Aku selalu makan yang ni walaupun tak mahal janji AKU suka ~



Betul ke coklat penyebab jerawat?? sebenarnya TIDAK. Sebaliknya amalan pemakanan yang salah adalah punca utama jerawat. Liang-liang roma didalam kulit mengandungi kalenjar sebum ( juga dikenali sebagai kalenjar minyak ) yang menghasilkan sebum iaitu minyak yang melicinkan rambut dan kulit. Jerawat terjadi apabila liang-liang roma tersumbat dengan sebum yang banyak dan juga sel-sel kulit mati yang mati akibat perubahan hormon ketika menginjak baligh. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa makanan tidak kena mengena dengan permasalahan jerawat.



Coklat tidak mengemukkan. Isu sebenarnya,apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkam bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat diiringi dengan senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan yang sihat. Sebenarnya tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh mengemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang adalah jumlah makanan yang dimakan.




Coklat tidak menyebabkan sakit jantung. Dalam kes sakit jantung,coklat juga dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia adalah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi anti-oksidan, dikenali sebagai fenol berfungsi untuk melindungi daripada serangan sakit jantung. Anti-oksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur
darah jantung tersumbat. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.



JOM makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa. Ha'a jangan tak tahu, bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).Selain coklat, pengambilan soya boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.


~
Soya panas sangat lazatttt ~



So,makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan. ;)

Wednesday, January 5, 2011

2011 yang bakal diterokai

TAHUN 2010 meninggalkan aku dengan pelbagai peristiwa. Bagaimanapun rencam peristiwa itu tidak banyak meninggalkan kenangan dalam diri aku. Aku melalui hari-hari aku dengan begitu sahaja tanpa arah yang ku inginkan. Aku menghadapi persoalan demi persoalan dan akhirnya tiada sebarang jawapan yang dapat memuaskan hati aku sehingga kini. Tatkala aku menghadapi konflik dalaman ini,aku masih mampu berfikir dan bertindak dengan baik walaupun hakikatnya fikiran aku berserabut dengan hebatnya. Aku sedar,hanya aku yang mampu mencari penyelesaian ini dengan izin dan pertolongan Allah swt.

Selamat tahun baru 2011. Tidak banyak yang aku inginkan. Sekadar melunaskan azam-azamku yang tidak menjadi dan menjadi kebanggaan keluarga. Aku berbangga mempunyai sebuah keluarga yang dihormati dan disegani. Dalam masa yang sama,aku mengingatkan diri ku supaya selalu bersiap sedia dengan apa jua yang bakal berlaku. Jangan mudah melatah apabila berlakunya perkara-perkara yang menguji kesabaran dan iman.

Pada permulaan tahun baru ini,aku mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat kakakku yang tersayang (36 tahun) satu-satunya kakak yang aku ada dalam dunia ni. Orang selalu cakap, patah tumbuh hilang berganti tapi tidak bagi aku,kerana tidak akan ada sesiapa dapat menggantikan atau menandingi kakak dalam hidup aku. Dia jarang marah aku,sbb aku ni baik kot huhuhu tapi kakak amat tegas sebenarnya. Aku doakan kakak sentiasa dirahmati Allah baik didunia mahupun diakhirat nanti dan tercapai segala hajat yang dikendaki,Aminn.. Dan sorry lah kakak,kebetulan 1 Jan 2011 ada majlis makan-makan dirumah, agak busy sehingga terlambat mengucapkan ulangtahun kelahiran kakak hehehe jangan marah.


Emak & kakak



Kakak & Amzar

Selamat tahun baru buat semua. Semoga apa yang diingini tercapai dan dapat direalisasikan. Bukan mudah untuk menjadikan sesuatu yang dihajati itu menjadi kenyataan tetapi tidak mustahil bagi mereka yang berusaha. Marilah kita sama-sama berusaha agar kejayaan itu berpihak kepada kita jua,InsyaAllah.

You might also like this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...