stail





Sunday, May 8, 2011

Maafkan aku

Manusia sememangnya layak terus di uji dan di uji. Bertuahnya apabila di uji lantas mendekati diri kepada ilahi. Tak semua orang, mampu menghadapi dugaan Allah dengan redha. Di saat ini, Allah telah memberikan aku kekuatan diri untuk aku bangun dari sejarah yang lama. Aku bersyukur kerana sempat diberikan kesedaran. Jauh di sudut hati, aku sayangkan kehidupan aku yang lepas. Kebenaran memang pahit dan menyakitkan. Perkataan hakikat kena aku terima. Andainya diberikan pilihan samada derita atau ada kehidupan yang baru,aku pilih derita. Aku terlalu rindukan setiap saat yg lepas. Rindu yang pastinya bukan di buat-buat atau dipaksa. Titis-titisan jernih selalu datang tanpa diundang. Hidup ini sekadar menunggu jemputan Yang Maha Agung. Semakin lama aku hidup makin banyak aku buat silap. Aku pun dah tak rasa gembira lagi. Kadang-kadang bila aku senyum, itu hanyalah terpaksa. Senyum untuk menutup rasa sedih.

Ayah mak.. ampun dan maaf sekiranya satu masa nanti berkesempatan membaca tulisan ini. Maaf kerana tidak mengembirakan hati kalian dengan kejayaan aku semasa hari graduasi yang lepas. Aku bukan aje tidak hadir malah aku tidak pernah bercakap pun soal ni dihadapan kalian melainkan selepas majlis itu berlalu. Ramai sekali para pensyarah ingin mengenali kalian pada hari itu. Mereka ingin berjumpa kalian kerana aku adalah yang terbaik hasil daripada didikan kalian. Aku tahu,kalian kecewa dengan tindakan itu. Aku berjanji andainya kita ada umur yang panjang aku akan bahagiakan kalian sekalipun diri ku menderita.

Aku terlalu rindukan dan sayangkan kehidupan aku yang dulu. Semua ni akan hilang dan padam bila aku menutup mata pergi.. Maafkan aku........

No comments:

Post a Comment

You might also like this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...