stail





Saturday, March 20, 2010

Keajaiban yang telah tertulis..

Alangkah gembiranya hatiku bila mana pengabdian aku selama 3 tahun pada bidang kejuruteraan akhirnya tamat walaupun sedikit tersasar tempohnya. Senang hati, lapang dada kerana amanah itu telah pun tertunai. Alhamdulillah syukur. Tapi aku masih dilemma.
This's the word that haunts everyone once they r done with their schooling,may be i work? may be i study further? confusion all around...as they say lifes a rollercoaster!!!


Main plan is flying to KL. To meet up my sweet angels. yeah!! of course they are Sofea and Soraya. Aku tahu dey all pun tak sabar nak jumpa aku. Setiap kali aku call, mesti tanya 'che su la bila nak datang ni'?? 'berapa hari lagi ni,lambatnya' 'adik nak makan dengan che su la' 'kakak nak tidur sama-sama dengan che su la' huish macam-macam permintaan.


Dulu masa aku belajar,bile tension je aku call angels aku. Aku rasa sejuk hati, ringan kepala bila dengar suara dey all. Hilang kejap masalah. Kawan-kawan aku cakap aku ni bagus sebab kalau ada masalah pun sempat lagi buat kelakar buat orang tergelak-gelak. Bayangkan ada kawan aku dulu bila tension je,dia akan menganas! menghempas hsetnya ke lantai!! ada tu,sepak terajang meja-meja kat bilik study kemudian menjerit-jerit!!! ish seram aku dibuatnya. Kalau semua orang macam tu alamatnya kita semua tak takut lagi tengok cerita-cerita hantu kat tv!! hahaha WTF!!




Masa on da way pergi KL,aku rasa benggang jugalah dengan driver bus. Dari Dungun lagi dia bising-bising. Ada je benda yang tak kena. Dalam hati aku harap-harap dia pandai la rasa 'lenguh' mulut. Sampai Kemaman rupa-rupanya lagi teruk. Siap marah sorang pakcik ni. Sian aku tengok orang tua tu. Sifat membela dalam diri ni membuak-buak tapi aku mampu berdoa supaya abg driver tu sedarlah apa yang dia buat tu. Padahal dalam bas tu ramai je remaja sebaya aku. Haihhh betul-betul tidak boleh dicontohi. Mak aii,longgar tol budi bahasa si abg driver ni tapi jangan sampai bawa bas berlanggar sudah la.. see you in court lah jawabnya. - )


Sampai KL hujan turun lebat. Seolah-olah meraikan kedatangan aku. According to my sis observation, KL dah lama tidak dihujani. Alhamdulillah,bumi KL sejuk dan nyaman sekali. Setelah hampir-hampir 3 bulan tidak bersua muka,aku tengok kakak aku semakin tidak bermaya. Muka pun memang keletihan seolah-olah memberitahu aku betapa penatnya mengandungkan bayi selama 8 bulan 2 minggu. Aku sedaya upaya membantu supaya kakak aku tidak besusah payah lagi.

Anak-anak yang ada pun masih kecil,sekuat manalah kudrat mereka untuk membantu si ibu yang sedang sarat itu. Aku sanggup berkorban apa sahaja demi kakak aku. Selama ni kakak akulah antara orang yang banyak membantu aku. Tidak kiralah dari segi dorongan atau material,pasti aku tidak pernah dihampakan. Thanks to my dear sis! you're number one in da world!!! Aku berani bersemuka dengan siapa sahaja yang menyakiti kakak aku. Bersemuka kerana keadilan. I will blow the justice. Seriusly,i am not bluffing. I walk to the talk!!



Wajah-wajah Kesayangan Aku =)





**********************************************************************************


Sebelum ini tersangat lah banyak masalah, frankly speaking it's make me suffer. Amat memenatkan dan begitu teruji. Tapi akhirnya terasa penuh kebahagiaan setelah lahirnya saudara kecil ke dunia ini. Hilang derita. Muncul bahagia Tahniah buat kakak ku dan abg ipar. Hajat untuk memperolehi anak lelaki sudah termakbul. Syukur kerana semuanya selamat dan berjalan lancar.

Kagum melihat di hadapan mata sendiri bayi yang baru dilahirkan ke dunia. Kagum mendengar tangisan bayi itu, tapi paling kagum apabila melihat putera itu terdiam, terpaku dipangkuan ayahandanya, bagai bersiap sedia untuk mendengar azan yang bakal dilaungkan ke telinganya. Pengalaman pertama begini,sebelum ini hanya melihat di kaca TV. Inilah yang dikatakan keajaiban yang telah tertulis.. =)



AMZAR MUKHRIZ tersenyum comel bagaikan tahu dirinya diperhatikan

Kelahiran anak kakak aku ini telah buat aku lupa akan kekusutan minda dan jiwa yang berkecamuk, sungguh indah ciptaan tuhan ini. Telah mengingatkan aku bahawa walaupun kita punya masalah, masih ramai lagi yang lebih menderita, masih ramai lagi yang lebih susah dari kita, yang punya masalah jauh berganda2 hebatnya dari masalah kecil aku ini. Tuhan menguji. Kita berusaha dan redha dengan ketentuan-Nya. Apalah sangat masalah aku ini berbanding mereka yang diuji dengan hebatnya.. =(

Sekalung tahniah buat kakak aku dan abang ipar atas kelahiran putera pertama mereka. Semoga kebahgiaan milik mereka sentiasa. Amin ~

No comments:

Post a Comment

You might also like this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...