stail





Friday, March 18, 2011

Teori Generasi Spontan

Bunyi macam kelakar? Yeah, sikit-sikit ;p

Well, permulaan ilmu sains memang bagi kita kadang-kadang nampak kelakar dan tidak realistik, kan?

Ingat lagi tak tentang seorang saintis di zaman Greek silam, Copernicus yang menemukakan teori bahawa bumi sebenarnya berbentuk sfera walhal ketika itu ramai saintis lain mengandaikan bumi adalah leper, seiring dengan kefahaman Gereja Kristian Katolik ketika itu. Pihak gereja tidak dapat menerima pendapat saintis ini, menganggapnya sebagai sesat dan dapat menggugat keagungan ajaran agama mereka sekaligus melemahkan pengaruh gereja dalam masyarakat. Copernicus akhirnya dihukum pihak gereja semata-mata mendatangkan teori yang bersalahan dengan keyakinan pihak gereja dan dikatakan menyalahi kandungan Bible.
Ingat juga tak, bagaimana 2 bersaudara Wright diketawa mati-matian kerana mereka bercita-cita untuk terbang? Well, bagi masyarakat ketika itu, terbang bagi manusia adalah sangat-sangat lucu. Tapi sekarang, lihatlah..idea 'kelakar' Wright ini merealisasikan manusia terbang. Terbang macam burung? Haha, tidaklah~ cuma terbang menaiki kapal terbang, helikopter atau roket sajalah.. ;-) Tapi, tetap terbang kan? Satu idea yang diketawakan tak lama dahulu.

Teori Generasi Spontan.

Tak pernah dengar? Haa, meh nak bagitau..

Teori ni mendakwa, hidupan boleh terbentuk dari benda tidak bernyawa. So, what do you think? Believe it or not? Hah, think~

gandum + peluh = tikus

+

=



Saintis abad ke-17 mendakwa perkara di atas. Kononnya, untuk menghasilkan tikus seseorang hanya perlu meletakkan sehelai seluar dalam yang mengandungi peluh bersama sedikit gandum di dalam sebuah balang terbuka. Selepas 21 hari, mereka mendakwa peluh dari seluar meresap masuk ke dalam gandum sehingga menghasilkan tikus! "What the.....??" anda kata? Haha, rileks.

Teori ini dibahaskan berabad lamanya. Ada juga saintis yang menyanggah teori ini dengan mengatakan ulat tidak terbentuk dari daging busuk, sebaliknya lalat yang meletakkan telurnya pada daging tersebut. Saintis ini bernama Francesco Redi (1668), merupakan seorang penyair dan ahli fizik Itali. Sekalipun beliau berjaya membuktikan teorinya, dunia sains ketika itu masih menerima Teori Generasi Spontan dengan mendakwa ia hanya berlaku dalam keadaan terbuka dan ada udara.

Perbahasan teori ini berterusan lagi, sehinggalah ia dibatalkan sepenuhnya seorang ahli kimia muda Perancis, Louis Pasteur.Beliau mendidihkan sup ayam (mematikan mikroorganisma) di dalam sebuah termos kaca, memanaskan leher termos tersebut dan membentuknya seperti huruf S. Dengan itu, udara boleh memasuki termos tetapi tidak udara yang mengandungi mikroorganisma. Seperti dijangka,tiada hidupan atau organisma terhasil di dalam sup ini walhal ujikaji ini telah memenuhi kehendak teori(keadaan mestilah terbuka dan ada udara). Dengan itu, eksperimen ini secara rasminya membatalkan Teori Generasi Spontan yang mengandaikan benda mati boleh menghasilkan benda hidup, sekaligus menunjukkan mikroorganisma berada di mana-mana termasuk di udara. =)

Ya, namanya pun teori; tentulah bersikap hipotesis dan andaian (^_^)

Sengaja saya berkongsi kisah ini...bukan apa. Kadangkala, dalam menuntut ilmu, kita lupa mengaitkannya dengan kebesaran Allah SWT. Jarang-jarang sekali kita berkata, "Hebat sungguh Allah nie.." atau "CIptaan Allah nie sempurna betul." tak pun "Dasyat tuh....! Allah cipta tu, cipta nie. Bijok sunggoh!~". Yang kita selalu sebut, " Pandainya Isaac Newton, tengok buah epal jatuh ke tanah je, dah tau ada satu daya yang tarik..". dan juga ayat-lain lain yang memuji si pencetus ilmu. Ya, memang tak salah untuk memuji mereka, tapi jangan sehingga kita lupa untuk menyandarkan semula semua ilmu itu kepada Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Menuntut ilmu biarlah diri semakin dekat dengan Allah, dan bukannya semakin jauh dari-Nya. Wallahu'alam.

p/s: Saya teringat semasa belajar Mass Balance di tahun pertama. Prinsip Mass Balance ialah mass in equals to mass out. Spontan, pensyarah bertanya, "Kenapa mass in sama dengan mass out??" Gatal kepala kami memikirkan jawapan yang realistik lagi saintifik. hu~ Selepas beberapa detik, pensyarah memberi jawapan.. "..sebab Allah Maha Berkuasa..." Haha~

Jawapan itu tepat, logik dan benar!

No comments:

Post a Comment

You might also like this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...